Hanya Luahan Anti Depressi

salam…. bertemu lagi di persada blog.. hehehe…

seperti biasa, aku kini kebizian… sepanjang 3 minggu selepas buka cuti sekolah ni jadual aku mmg pack.

1. buka2 sekolah je terus bertungkus lumus dengan program lawatan pelajar asean… buat buku program dan pamplet… 100% DIY… guna brg sendiri, printer sendiri ( sekolah punya lah) tanpa melibat satu pun percetakan… kecuali banner.. tunjuk sikit hasil kerja akul.. lama dah tak publish hasil kerja aku… dah berkarat org kata…

banner

Kulit buku ‘about us’

lepas tu aku bergegas ke JPNT pula utk penghasilan profail jabatan menggunakan flash… ( besar sgt fail ni utk di upload dan bukan hasil kerja aku 100%… aku sekadar mengomen je…. kekek)

minggu seterusnya, aku ke cameron highland utk mesyuarat dan pembetangan KMK pada pengarah JPNT. gambar nanti aku update…

balik ke sekolah utk 2 hari… dan hari ni aku kembali ke jpnt utk persiapan pertandingan kmk peringkat Negeri Terengganu di Wisma darul Iman…

ini lah sebahagian dr rakan2 sekumpulan yang bertungkus lumus menyediakan bahan utk pertandingan…

permulaan utk menge’test’ pembentangan utk esok…

aku pulak… demam + batuk + pening + tak sihat + dll.. hehehhhe

salam 73 utk semua rakan2 blog ….

nine wiskey two mike uniform lima … qrt.. clear..

salam, kembali lagi ber ‘blog’. nak citer apa hari ni… byk citer sebenarnya…

personal…
aku di serang cirit birit yg agak teruk hingga hajat ku berkonvoi ke penang dan KL terpaksa dibatalkan…aku lah yg tak pergi pun… org lain pergi… lepas cirit birit kena demam pulak.. takleh bangun aku dibuatnya. harapan aku, rakan-rakan yg berkonvoi tu selamat pergi dan pulang. berkonvoi dengan kelajuan kebangsaan bukan kelajuan kebanggaan. hehehe. bila lah aku leh konvoi lagi. ber’geletak’ dah aku nak konvoi. takpe… ada masa lagi… ada peluang aku g pulok. hehhe

sekolah…
buka sekolah ni aku akan berdepan dengan persediaan lawatan pelajar2 asean di lebest. lepas tu 24 jun ni peperiksaan radio amatur. bukan aku, tp pelajar aku.. 12 org semuanya… termasuk 8 org guru. harap2 semua lulus dgn cemerlang. semua nota dah diberikan… harap2 dapatlah mereka menghafal semuanya dan berjaya menjawap bila tiba masanya nnt.

Jabatan…
selesai satu tugas (pembitaraan sahsiah pelajar), tinggal 2 lagi tugasan yang aku dpt catitkan. KMK teknikal dan KMK Pengurusan. KMK pengurusan ada 3 pertandingan yg perlu dimasuki. satu diperingkat kebangsaan, 2 lagi diperingkat negeri. apa citer pun tak tahu lah… byk lagi prosesnya. seperti biasa aku dipertanggungjawabkan dibahagian grafik… mcm biasalah..

Business…
aduh,… byk lagi album yg duk tergantung… maaflah nasrul dan faruk, album kalian masih tergantung… takde masa lagi nak diteruskan… terlalu byk komitmen lain yg perlu diselesaikan… insya allah aku cuba secepat mungkin sebaik mungkin menyelesaikan album kalian… bila ekonomi lembab ni perniagaan aku juga menurun.. byk job aku pass kat amin je… aku takpe, aku ada pendapatan ku sendiri, tp amin dia bergantung 100% dgn duit amik gambar ni.. satu risiko yg dia kena tanggung selaku fulltime photographer.

insya allah, akan ku bantu dia selagi ada daya ku. pasni nak hantar dia amik diploma pulak.. aku target diploma in photography. then pastu ikut pandai dia lah… pasni pun aku mmg akan pass kan job2 aku padanya… dah tak larat aku sebenarnya… maybe dah sampai masanya aku bersara.. atau mengurangkan aktiviti ber’wedding’ nih. hehehehe

nine wiskey two mike uniform lima 73 clear…

keep looking »